Tuesday, October 27, 2009

Program With ABIM


Program Jalinan Kasih

saye kat sini setelah di hantar oleh kakak

saye juga pelajar universiti dulu

tak semestinya bila kita masuk U

kite akan dapat semuanya

ilmu agama kurang

kat sini sye sedar semuanya

Ni adalah salah satu pengakuan ikhlas seorng penghuni di rumah teres satu tingkat yang menjadi kediaman wanita2 teraniaya yang sempat aku kunjungi bersama sahabat2 mingu lepas.Program aktiviti kebajikan anjuran company yang bekerjasama dgn ABIM Selangor.Banyak lagi kes-kes di sini yang cukup menyentuh hati.

Mereka ke sini kerana seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.Seronok bersama tetapi hanya wanita yang mengalami penderitaannya.Merekalah yang menanggung semuanya.Kasihan mereka.Mereka perlu kan perhatian.Bak kate sukarelawan di situ mereka lebih perlukan kita untuk bersama mereka.Memberi kekuatan dan kaunseling.Menjadi teman bicara dan mereka cukup memerlukan ramai lagi sukarelawan untuk meringankan penderitaan penghuni rumah tersebut dan juga membantu pengasas rumah tersebut untuk menjaga kebajikan mereka.

Setiap waktu ada sahaja kes2 baru yang akan di hadapi serta menjaga penghuni2 baru dan sudah tentulah mereka memerlukan tenaga kerja yang ramai dan sumbangan juga diperlukan untuk menampung kos sara hidup mereka di situ.Bagi yang ingin membantu dan menderma,boleh salurkan derma kepada mereka dan boleh di layari di


Untuk peringatan wanita di luar sana dan jugak untuk peringatan diri sendiri agar tidak terleka dengan dunia cinta yang tidak tahu di mana kesudahannya...

Harga Sekuntum Cinta
Far East

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA


Friday, October 16, 2009

Kasih Bersemi Kembali

Untuk Adik-adik

Aku pandang kiri, kanan dan belakang

Aku nampak mereka

Ada yang mengaji,ada yang sedang solat sunat dan ade yang sedang berkongsi masalah sesama mereka

Kami berpelukan erat seusai doa dibacakan

Selepas itu kami berkumpul bersama

Membentuk Halaqah Cinta kami

Berdebat,berbicara dan bertukar-tukar pandangan

Kakak-kakak akan bersama-sama berbincang dan menyelesaikan masalah adik-adik

Itu gelaran sesama kami.Manis sangat

Kenangan itu menjelma lagi

Tapi aku tersedar kembali

Itu semua hanyalah kenangan yang tersimpan beberapa tahun dulu

Yang nyata hanya aku dan Sue di sini bertemankan adik bongsuku yang ingin menyertai

Hari ini kami solat berjemaah bersama lagi

Tatkala tazkirah sedang dibaca air mata ini mengalir laju

Kucapai dan kugenggam erat tangan Sue

Die membalas lantas kami berpelukan

Die seakan mengerti isi hati ku ini.Die sahabat yang cukup memahami

Sue,dari dulu akak peluk awak,sampai sekarang akak peluk awk

Kami berpelukan.Lama…

Berbicara hati ke hati

Ditempat suci yang megeratkan hati-hati kami dulu

Tak pe Kak Ifah,maybe yang lain ada keje

Sahabat ini sering memujuk aku,mengingatkan aku,menegur dan memberi semangat kepada diri ini.Terima Kasih Suhaina

Hari ini majlis kami bertemankan sahabat-sahabat dan adik2 baru.Alhamdulillah semua berjalan lancar.Terima kasih adik-adik kerana sudi meluangkan masa kalian.Tahniah pada yang telah convo pada siang harinya.Semoga berjaya dengan bidang masing2.Jangan lupakan persahabatan kita semua.

Buat adik-adik baru,maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan kami semua jika ada yang terkurang pada jamuan tersebut.Terima kasih atas sambutan dan kerjasama yang diberikan.Semoga bertemu untuk program akan datang.

Terima kasih jugak pada sahabat yang datang dari jauh.Meninggalkan sekejap tugas2 di pejabat dan assignment yang bertimbun.Moge ALLAH permudahkan segala urusan kalian.

Tempat masih sama tapi wajah2 telah berubah....
Syukran Azren,Atiyah,Zawani&semua adik2.Sayang kamu semua:-)

Monday, September 14, 2009

Ramadhan 2 Zaman

ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

Ni nasyid dari group The Zikr dulu2.Cukup menyentuh hati(^_^)

Ramadhan dah hampir ke penghujung.Orang zaman skarang lebih semangat tunggu syawal dari tunggu ramadhan.Bukan macam zaman Rasullullah dan sahabat dulu.Lagu raya pulak lebih banyak dari pasang al-quran.Al-quran dipandang sepi macam tiada makna bagi mereka.Sian sangat pada kitab suci itu.Aku pun same.Macam mana nak ngadap ALLAH nanti dengan amalan yang kurang ni.Boleh ke tak jawab soalan munkar dan nankir nanti.Andai ni ramadhan terakhir aku,ampunkan aku YA ALLAH.....

Ingatlah,hari raya bukannya sekadar berbaju baru cantik2 dan sehingga 2-3 pasang, masakan yang lazat2,rumah yang dihias indah sehingga berlaku pembaziran tapi pengisian raya kita biarlah mengikut syariatnye.Takbir,tahmid dengan penuh keinsafan.Hayatilah khutbah dan lakukanlah solat sunat dengan penuh rasa kehambaan.Bermaafan bersama keluarga.Itu raya yang sebenarnya dan usahlah terlalu pentingkan duniawi dan buatlah persiapan setakat kemampuan yang ada.Usah berhutang semata2 mahu melihat rumah kelihatan cantik dan hebat.

Ziarah menziarahi tidak salah asalkan kene pada caranya.Berhiaslah seringkasnya buat muslimah dan jaga lah tangan-tangan anda agar tidak salah menghulurkan salam kepada yang bukan tempatnye.Fenomena yang biasa dilihat ketika mengulur tangan memohon ampun atas kesalahan, tidak kira lelaki atau wanita dan juga fenomena biasa di tempatku.Macam2 yang timbul bila isu ini dibangkitkan.Mendengar statement sesetengah kita yang kurang ambik kisah soal salam bersalaman ni.Nak jage hati orang katenya.Bimbang orang itu akan malu atau berkecil hati jika salamnya tidak disambut.Macam2 alasan.Hati manusia hendak dijaga tapi pandangan ALLAH tidak di ambil kira.Tolaklah cara baik dan berhemah.Bukankah banyak cara untuk berkata tidak.

Tak perlu selindung2...Ish,tak leh.Batal wudhuk! Apa salahnya cakap tak leh.Haram.Hukum Allah perlu di tegakkan.Tak perlu selindung2.Usah takut atau malu untuk membuat kebaikan.

Usah kotori hari raya yang penuh kemuliaan ini dengan dosa2 yang kita lakukan.Sebulan bermujahadah,moga ianya kekal sepanjang hayat kita.Renung2 kan lah dan selamat beramal:-)Juga untuk peringatan diri ini sendiri.Moge kite semua beroleh dari rahmatnya.

ingat lah hari raya untuk orang bertaqwa
kita belum tentu layak untuk ikut sama
patut rasa malu pada siri sendiri
kalau kita bukan orangnya
raya yang sebenar untuk kita adalah di akhirat sana

salam I`dul Fitri dari saya.Maafkan lah andai ade terkasar bahasa sepanjang perkenalan ini.Mungkin ada teguran2 saya yang tidak kena di hati kalian atau sikap saye yang tidak disenangi.Moge Allah sentiasa melindungi kita

Wednesday, September 9, 2009

Ada Apa Dengan Drama?

VS


Adakah sahabat-sahabat peminat setia drama tersebut?Mengapa?Adakah kerana nilai2 murni yang diterapkan dalam drama tersebut atau kerana ia dibintangi hero2 kacak atau heroinnye yang cun?

Saye juga antara peminta drama2 ini selepas membaca mengenai nye di blog kegemaran saye Saifulislam.com iaitu drama cinta sempurna dan Ustaz Hasrizal jugak sering mempromosikannya ketika mengadakan ceramah di ofis kami beberapa bulan lepas
.Mungkin ada yang menyukainya dan mungkin ade yang mengkritik terutamanya pada penampilan pelakon2 drama ini atau kehadiran Yuna sebagai penyayi tema lagu untuk drama cinta sempurna:-(Tidak berani untuk mengkritik lebih2.huhu

Lihatlah pada mesej yang hendak disampaikan n kaedah dakwah yang digunakan.Sama seperti filem ayat-ayat cinta yang hilang nilai murninya apabila difilemkan.Jauh berbeza dengan ape yang tertulis di novelnya.Hilang sudah Fahri yang betol2 hebat sebagai wataknya dalam novel tersebut dah hilang sudah sikap lembut Aisha apabila di gantikan dengan pelakon cantik yang wataknya agak berbeza dengan Aisha yang cukup saye kagumi sebagai isteri yang sabar dan solehah.Belum sentuh bab2 bersentuhan laki n wanita lagi.Hmmm....

Apepun,sama2 lah kita menilai setiap yang cuba disampaikan oleh pendakwah2 kita ini.Mereka menggunakan ruang media untuk menyampaikan kefahaman islam dengan lebih jelas.Semoga usaha ini dipertingkatkan dengan lebih baik lagi pada masa akan datang dan lebih menjaga filem2 atau drama mereka agar lebih SEMPURNA dan mengikut SYARIAT nye.

Sedih rase melihat ade sesetengah drama skarang yang terlalu memandang rendah pada golongan agama serta menunjukkan watak ustaz yang berserban dan ustazah bertudung labuh yang seolah2 agak melampau,fanatik dan jahat.Memberi gambaran buruk pada golangan itu.Memang manusia tidak semuanya sempurna tapi berpada-padalah.

p/s-Ustaz Hassan Din Al-Hafiz (bekas penasihat agama istana negara) pun penah tulis skrip untuk drama iaitu suara dari kubur.Memang best.Penah tgk?Cerita yang agak seram tapi penuh pengajaran.Saye jugak amat meminati drama cinta madinah yang pernah disiar dulu:-)

Wednesday, August 19, 2009

Program Bersama Rumah Anak-Anak Yatim & Madrasah Tahfiz Qur’an Darul Aitam

Di Sini Mereka Berteduh

Alhamdulillah, sempat meluangkan masa hujung minggu lepas bersama anak-anak yatim di Rumah Anak-Anak Yatim & Madrasah Tahfiz Qur’an Darul Aitam.Terharu dengan layanan yang diberikan mereka yang menyambut kehadiran kami di sana.Tersentuh hati melihat anak-anak yatim ini dan melihat keikhlasan seorang ustaz bersama isterinya menjaga dan mendidik mereka dengan penuh rase tanggungjawab.Mereka terdiri dari anak-anak yatim yang dahulunya terbiar dan diambil tinggal di sebuah rumah di Selayang.

Bukan mudah untuk menunaikan amanah ini tapi itulah pengorbanan yang dilakukan oleh ustaz dan isteri.Ustaz berasal dari myammar dan isteri berasal dari kelantan.Mereka berjaya mengumpulkan anak-anak yatim ini yang sebelum ini tiada tempat pergantungan.Di didik dengan ilmu agama dan menghafaz quran.Mereka tidak menerima pendidikan formal seperti anak-anak lain kerana dasar kerajaan Malaysia tidak membenarkan mereka bersekolah berbanding dengan anak-anak pendatang. (Lihat post Muslim Rohingya.Ada Di ceritakan mengenai mereka)

Beberape hari sebelum program diadakan, 2 kali kami menjenguk mereka untuk merancang program yang akan diadakan.Semuanya dilakukan selepas habis waktu bekerja.Selesai menjalani tugas di pejabat, tugas untuk agama ALLAH pula dipikul. Moge terus diberi kekuatan.

Di sambut dengan mesra oleh ustaz dan isterinya yang terserlah sifat keibuan dan keihklasannya mendidik anak-anak itu serta anak-anak yang bersalaman dengan kami.Adab-adab sebagai Muslim ditarbiah dalam diri mereka.Gembira bukan kepalang mereka apabila diberitahu yang kami akan mengadakan perlawanan bola bersama mereka.Melonjak kegembiraan.Itulah mereka, amat gembira bila ada yang melawat dan membantu.Kami cuba sebaik mampu memberikan kebahagiaan kepada mereka.Di belikan permainan untuk mereka dan sementara mereka yang lain di padang,kami muslimat bermain dan melayan kerenah yang kecil2 di rumah.Seronok mendengar mereka berbicara walaupun terdapat perkataan2 yang kurang difahami kami.


Mereka gembira bila ade yang prihatin.Mereka perlukan sumbangan.Mereka bukan seperti kanak-kanak lain yang duduk di tepi2 jalan meminta sedekah tetapi sumber kewangan mereka di perolehi hasil dari sumbangan orang ramai.Bagi yang ingin menderma,boleh hulurkan sumbangan ke

Rumah Anak-Anak Yatim & Madrasah Tahfiz Qur’an Darul Aitam

No.1, Jalan 16/2A

Taman Wilayah Selayang

Kuala Lumpur

Amalkanlah sikap tolong menolong dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata dan kerana mencari keredhaanNya.

Nabi s.a.w. bersabda

”Barangsiapa yang suka memberikan kemudahan kepada orang yang sedang dalam kesempitan, maka Allah akan memberikan kemudahan baginya di dunia dan akhirat.”

Sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa